Isi Kandungan
Ramai pemilik hartanah menyewakan rumah, pejabat atau kedai โ tapi tahukah anda pendapatan sewa boleh dikenakan cukai secara berbeza bergantung pada bagaimana anda menguruskan hartanah tersebut?
Dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), pendapatan sewa boleh diklasifikasikan sama ada sebagai pendapatan perniagaan di bawah Seksyen 4(a), atau pendapatan sewa pasif di bawah Seksyen 4(d).
Mari kita lihat perbezaannya dengan ringkas dan mudah.
โ Seksyen 4(a) โ Pendapatan Perniagaan
Jika aktiviti penyewaan anda bersifat komersial dan aktif, ia boleh dianggap sebagai perniagaan.
Contoh Situasi:
- Anda mengurus beberapa buah rumah atau unit komersial.
- Anda menyediakan perkhidmatan tambahan seperti:
- Penyelenggaraan,
- Kutipan sampah,
- Keselamatan,
- Pengurusan penyewa.
Anda mempunyai pekerja atau sistem pengurusan profesional.
Kelebihan:
โ Boleh tolak semua perbelanjaan perniagaan, termasuk gaji, insurans, pembaikan.
โ Boleh tuntut susut nilai (elaun modal) untuk kelengkapan dan aset yang layak.
โ Kerugian perniagaan boleh dibawa ke depan untuk potongan tahun hadapan.
Borang Cukai:
๐Borang B (jika individu)
๐ผ Disaran daftar perniagaan di SSM
๐ Seksyen 4(d) โ Pendapatan Sewa Pasif
Jika anda hanya menyewakan hartanah tanpa pengurusan aktif, ia jatuh di bawah Seksyen 4(d).
Contoh Situasi:
- Anda menyewakan 1 atau 2 unit rumah.
- Anda tidak menyediakan sebarang perkhidmatan tambahan.
- Anda hanya kutip sewa setiap bulan dan bayar cukai.
Had Tuntutan:
โ Tak boleh tuntut susut nilai.
โ Belanja yang dibenarkan terhad seperti:
- Cukai pintu & cukai tanah
- Pembaikan kecil
- Insurans bangunan
- Faedah pinjaman
Borang Cukai:
๐ Borang BE (jika individu)
Kesimpulan
Pemilik hartanah perlu menilai corak dan skala aktiviti penyewaan mereka untuk menentukan sama ada ia patut dikenakan cukai di bawah Seksyen 4(a) atau 4(d). Ini adalah penting kerana ia akan menentukan borang cukai yang tepat untuk di isi dan perbelanjaan yang dibenar sebagai penolakan. Untuk maklumat lebih lanjut, rujukan boleh di buat pada Ketetapan Umum 12/2018 yang dikeluarkan oleh LHDNM dan jika ragu-ragu, adalah wajar mendapatkan nasihat dari ejen cukai bertauliah atau terus hubungi pihak LHDNM.

Leave a comment